Suatu ketika dulu saya cukup admirer dengan menteri ini. Tetapi hari demi hari tanggapan saya terhadap beliau kini berubah. Mulanya berdebat dengan YB Salahuddin pasal harga minyak yang dinaikkan mendadak. Hujah-hujah yang diberikan oleh YB Menteri itu sampai sekarang saya tidak boleh terima. Akhirnya semua orang sudah maklum mengenai perihal minyak sekarang tetapi YB Menteri ini masih tidak yakin dengan apapun keputusan yang dibuatnya. Misalnya suatu ketika dia kata harga petrol akan ikut harga pasaran , tetapi apabila harga minyak merudum dia tidak mematuhi keputusannya sendiri. Kini beliau memberitahu harga minyak akan diturunkan hanya apabila melepasi bawah US40?..Lantak hanglah!!!!
Terkini dia mengumumkan bahawa harga gula akan naik selepas kontrak bekalan tamat. Saya nak tanya apakah mesti harga suatu barangan kontrak akan naik apabila kontrak tamat? Tidak mungkinkah ia akan turun? Hukum apakah yang digunakan untuk menjustifikasikan hal demikian? Yang menghairankan semenjak dia mengumumkan berita itu bekalan gula di pasaran tiada masalah walaupun musim perayaan besar Tahun Baru Cina. Saya percaya keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekalan gula. Peniaga yang tamak sudah pasti akan mengambil kesempatan menyorok gula dan kesannya akan dirasai oleh pengguna lain. Maka bermulalah perang harga makanan dan minuman. Begitulah geliganya Menteri Rambut Putih mengepalai Kementeriannya.
Saturday, January 31, 2009
Tuesday, November 25, 2008
HARGA MINYAK MINIMUM: PULAK DAH!!!!!PENING-PENING!!!
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut Kerajaan akan mengkaji harga minimum minyak. Isu ini nampaknya menjadi bahan permainan dan usikan kerajaan terhadap rakyat jelata. Dulu sewaktu harga minyak mula menurun dari paras tertinggi kerajaan mencadangkan akan mengikut harga semasa tetapi apabila harga minyak merudum lagi lain pula bunyinya. Kerajaan akan mencadangkan akan menetapkan harga minimum. Lepas ni tak tahu apa pula alasan dan cadangan.
Suatu ketika dulu juga pengusaha pam minyak di pekan sempadan Malaysia diharamkan menjual minyak kepada warga luar tetapi kini tak tahu apa yang berlaku.
Semua ini gara-gara minyak! Di pihak tauke minyak dan pengeluar minyak berdoa siang malam tak mahu rugi sama juga dengan pengguna tak mahu harga minyak naik lagi. Kerajaan pula macam belut mengeliat nak turunkan harga minyak. Rakyat semua tahu kenapa…. Habih apa nak buat kita sebagai rakyat boleh keriau sajalah dan tunggu lima tahun lagi.
Ada kawan saya kata perangai orang Melayu begini, “Benci tengok orang Melayu susah, dan dengki pula bila tengok orang Melayu senang”. Saya nampak ada persamaan dengan pemerintah kita. Hujahnya kenapa sukar sangat nak turunkan harga minyak? Sebab ramai orang akan senang!! Bila harga minyak tinggi meluat pula melayan permintaan suku sakat marhaen (orang susah dan melarat). Memang ada persamaan. Melayu kan!!! Saya pun Melayu juga tetapi tidak suka perangai buruk ini.

Tuesday, October 28, 2008
MotoGP 2008: PEMUDA PARAH DIBELASAH PENONTON
Semalam saya berkesempatan melihat MotoGP 2008 di litar Sepang. Cuaca yang baik telah menjadikan perlumbaan semalam sangat menghiburkan para penonton. Walau pun ada situasi yang tidak sesuai dengan naluri saya berlaku di segenap sudut tetapi apakan daya saya hanya insan kecil yang mampu menyanggah di dalam hati sahaja.
Saya ingin menarik perhatian pihak penganjur perlumbaan semalam samada pihak penganjur menyedari atau tidak satu insiden selepas berakhirnya Rossi meraikan kejayaannya di hadapan grandstand kedua. Dalam keseronokan menyambut kejayaan tiba-tiba muncul seorang penonton yang naik minyak atau terlebih seronok daripada Rossi lalu membuka baju dan mengibarkan bajunya sambil menghalang laluan Rossi di tengah-tengah litar. Nasib pemuda itu baik kerana dapat dielak oleh Rossi dan pelumba yang lain.
Penonton-penonton lain yang melihat gelagat dan perangai pemuda itu, menjadi marah kerana dia telah mengganggu mereka untuk melihat aksi terakhir Rossi meraikan kejayaan. Lagipun perbuatannya amat merbahaya kepada pelumba-pelumba. Akhirnya pemuda itu menjadi sasaran botol air dan pelbagai lagi objek yang sempat diambil oleh penonton yang marah. Pun begitu pemuda tadi tidak hairan dan masih berlagak dengan pelbagai gaya mengejek para penonton yang ramai. Nasibnya kali ini lebih teruk kerana dia bersama seorang atau dua orang lagi rakan dan juga teman wanita turut dibelasah penonton ketika cuba kembali ke tempat duduk. Muka pemuda itu sudah berlumuran darah, akhirnya dia dan rakannya selamat setelah dilarikan ke seberang litar. Ceritanya berakhir apabila datang dua orang anggota polis. Macam cerita hindustan!!
Persoalannya, adakah insiden ini disedari oleh penganjur atau tidak? Apakah situasi begini dibenarkan oleh penganjur? Kenapakah pemuda ini dapat membolosi pagar keselamatan? Di manakah pegawai polis bertugas? Apakah insiden ini dapat menaikkan imej negara? Apakah para pelumba berasa selamat untuk MotoGP akan datang? Adakah sampah sarap di laluan yang paling laju itu tidak boleh mengundang bahaya? Jangan salahkan penonton yang bertindak terhadap pemuda tersebut kerana penonton telah memberikan mesej yang jelas bahawa mereka membenci perlakuan dan lagak yang menjelekkan dan tidak berfaedah.
Saya berharap komen saya ini dipanjangkan kepada pihak penganjur dan mereka yang berkuasa. Kedahlanie atau Marhaendaily boleh tolong sama menghebahkannya. Sebelum ini sudah banyak tulisan dan cadangan (bukan fasal MotoGP) saya ajukan kepada media perdana rasmi tetapi tidak pernah mendapat laluan. Kerana itu saya hantar kepada Kedahlanie dan bukan kepada media perdana yang lain kerana saya lebih percaya blog dan demi sayangnya saya kepada sukan dan negara.
SUKAN UNTUK SEMUA
Oleh Pida2

CERITA LAMA: TV3 MEDIA PROVOKASI
Satu kekecohan telah berlaku sewaktu perbahasan bajet di Parlimen pada 20 Oktober 2008 yang lalu. Itu seperti apa yang dilaporkan oleh buletin utama TV3. Laporan itu mengaitkan pertikaman lidah di antara YB Pasir Salak dengan YB Kuala Selangor mengenai Bajet 2009. Penonton buletin sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku cuma mendengar satu bentuk provokasi peribadi dihamburkan oleh YB Pasir Salak kepada YB Kuala Selangor. Antara yang dapat didengar ialah dakwaan YB Pasir Salak terhadap YB Kuala Selangor yang beliau tidak ada cadangan dalam memperbaiki ekonomi dalam perbahasannya. Perbahasan YB Kuala Selangor hanya ke atas sepinggan nasi. Dakwaannya lagi inikah perbahasan dari seorang pakar ekonomi dan seorang pensyarah disusuli dengan beberapa bentuk provokasi lisan.
Tujuan saya memberikan senario ini supaya pembaca sekalian dapat membuat penilaian ke atas TV3 yang sangat tidak bertanggung jawab dalam laporannya. TV3 tidak bersikap adil dalam melaporkan persidangan parlimen. TV3 sebenarnya yang mencetuskan kemarahan rakyat terutama pembangkang dan golongan profesional yang tidak terlibat dengan politik. TV3 menjadi penyokong kerajaan secara membuta tuli dan sangat tidak bermaruah. Kenapa tidak dilaporkan secara penuh bagaimana pertikaman itu bermula? Di sinilah letaknya maruah TV3.
Oleh itu pembaca sekalian yang anti blog dan anti kepada bentuk provokasi lisan oleh penulis-penulis blog perlu menyedari siapakah sebenarnya pencetus ketegangan dalam politik tanah air. Di manakah lagi sumber maklumat yang boleh ditumpangi oleh rakyat sendiri. Pada pendapat saya inilah sebab utama kenapa laman blog mempunyai ramai peminat kerana melalui blog inilah rasa geram mereka dapat dilepaskan terutama geram terhadap TV3 dan media perdana yang lain. Sedarlah wahai pemimpin, sebenarnya pemimpin bertanggung jawab ke atas pimpinannya.

HARGA BARANG TAK MAU TURUN APA NAK BUAT?
Minyak petrol dan diesel dah turun..tapi belum sampai tahap penurunan yang sepatutnya. Sewaktu minyak dinaikkan dulu harga minyak dunia sekitar US147 dan petrol kita dinaikkan kepada RM2.70. Hari ini 16.10.08 minyak dunia berada pada paras US72 dan secara mudahnya harga petrol sekarang sekitar RM1.30 sahaja seliter bukan RM2.30. Tapi tak mengapa orang tahu kemana perginya RM1 tu. Antaranya dapat kepada pemerintah dan pengusaha-pengusaha minyak yang takut jatuh papa kedana akibat kejatuhan harga minyak. Maklumlah semua orang tahu tauke-tauke minyak ni kaya-kaya belaka berbanding dengan orang lain. Lagipun mereka mendapat belaian daripada pemerintah yang ada. Mana boleh hidup susah macam orang kampung yang naik motor tak da “mudguard” dan nombor plat! Tapi mereka (tauke) ni perlu sedar duit orang kampung inilah dan para marhaen lain yang disapu untuk hidup mewah. Berapa kerat sangat orang kaya di Malaysia ni berbanding dengan majoriti rakyat yang menggunakan petrol seharian. Majoriti mereka adalah hidup sederhana dan miskin. Tidak mengapa Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan. Hari ini hari kamu, esok lusa belum tentu.
Nak salah siapa apabila harga barang tidak mahu turun? Waktu menaikkan harga barang peniaga memberi alasan bahawa harga petrol naik. Tetapi kini harga barang tetap tinggi walaupun petrol dah turun sedikit. Pada pendapat saya dalam hal ini pemerintah adalah yang pertama dan utama perlu dipersalahkan. Kesalahannya ialah kerana menaikkan harga minyak macam orang gila, macam orang kalah judi iaitu tanpa memikirkan kesan kenaikkan yang melambung itu kepada rakyat jelata. Orang tidak sekolahpun boleh membuat jangkaan kesan kenaikkan yang menggila tu. Kerajaan boleh menaikkan sedikit demi sedikit macam dia menurunkan harga minyak sekarang ini, macam siput babi berjalan! Kenapa dia tak buat? Sebabnya, orang yang hilang kewarasan tidak mampu berfikir panjang. Kesalahan lain pemerintah ialah kerana kegagalan ia membuat pengawalan dan pemantauan ke atas harga barang keperluan. Buktinya dulu sewaktu YB S.Afdal menjadi menteri harga ayam dapat kekal RM6.00 sekilo tapi apabila S.Samad ambil alih, harga ayam dah jadi tonggang terbalik macam gaya tongkang kena ribut. Harga ayam sekarang dah tentu arah, ada yang sampai RM9 sekilo tapi apa yang YB S.Samad buat? Dulu orang kata YB S.Afdal pandai bersajak saja tapi kawan dia ni dah terlebih pandai, pandai bercakap dan membuat analisis yang tak boleh pakai. Ingat tak lagi apabila dia berdebat dengan YB Salehuddin dulu bagaimana dia dok pelekeh pandangan YB Salehudin mengenai harga minyak. Ternyata pendapat dan pandangan YB Salehudin ada benarnya sekarang begitu juga YB Anwar dengan YB Shabery yang ternyata berpihak kepada YB Anwar dalam kedudukan harga minyak hari ini. Walaupun satu persatu bukti-bukti ini dipertontonkan kepada pemerintah tetapi ia tetap berdegil dan tidak mahu akur akan kesalahan dan kelemahan. Tidak mengapa tunggulah, masanya tetap akan tiba untuk kita melihat mereka jatuh tersungkur.
Kepada rakyat jelata dan pengguna marilah kita bertindak bijak mengekang kenaikan harga barang ini. Apakah yang patut kita lakukan? Antaranya berbelanjalah dengan berhemat dan berjimat. Biarlah orang tuduh kita kedekut tapi tujuan kita murni iaitu tidak mahu melayani kerenah ‘peniaga jerung’ . Biar peniaga-peniaga ini mati berangan melayani nafsu mereka. Dalam masa terdekat ini senjata paling ampuh yang boleh mengajar peniaga jerung ini ialah dengan cara MEMBOIKOT barangan keluaran mereka. Senjata ini pasti menjadi jika kita bersatu padu menentang mereka. Senjata terawal dan terakhir ialah jatuhkan pemerintah yang ada melalui lunas-lunas demokerasi. Tidak guna kita memberi undi kepada BN jika mereka hanya memikirkan kantong dan kocek mereka dan kroni sahaja sedangkan yang bukan ‘cap’ BN atau UMNO hidup tertekan dan menderita. Jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri kita yang memilih BN untuk menjadi penaung kita. Ayuh mari kita ajar mereka.!!
Daripada
Pida2.

UMNO MEMANG GALI KUBUR SENDIRI-TAK PERNAH SERIK
UMNO MEMANG GALI KUBUR SENDIRI-TAK PERNAH SERIK.
Dalam sejarah pilihanraya di Malaysia siapa tak kenal dengan UMNO dan BN. Mereka memperkudakan rakyat sepuas-puasnya. Rakyat yang menyokong disogok dengan wang ringgit, janji itu dan ini, diberi projek dan pelbagai lagi sehingga jadi bahan ejekan, “demo bagi beras, bagi gula ambil, bagi kain pakai, bagi dacing buang”. Itulah kata sindiran yang pernah didengar. Memang benar begitulah cara tarbiah selama-lamanya UMNO terhadap rakyat khususnya ahli UMNO. Sedangkan rakyat yang tidak berpihak kepada mereka dinafikan semua habuan tersebut. Itulah UMNO. Kita tak pernah melihat seorang kontraktor hebat dari kalangan orang Melayu bukan UMNO, apatah lagi yang berserban. Kalau ada pun setakat kontraktor mencuci longkang. Itulah jadahnya UMNO. Memperjuangkan melayu kononnya, yang aku ni bukan melayu kah?
Utusan Malaysia pula diberi jolokan dengan nama Utusan Meloya, kerana memang laporannya sangat meloyakan. Ketua Pengarangnya tidak pernah serik dengan laporan-laporan yang memakan diri sendiri. Cerita sebenar tidak dilaporkan secara adil dan jujur tetapi penuh dengan agenda tersirat. Umpamanya kes Terresa Koh yang terbaru. Bagaimana amoi tu boleh bangun lebih awal dari Tok Imam dan pergi mengintai surau UMNO yang ada tiga kerat manusia untuk bersembahyang subuh? Memang sudah lumrah dan biasa surau UMNO memang kurang makmum!! Dalam kes ini Utusan perlu bertanggung jawab melaporkan cerita berkenaan. Cerita ini tidak lebih dari mensensasikan dengan tujuan mendapat perhatian orang Melayu yang sangat sayang pada Islam. UMNO mendapat habuan kononnya ia memperjuangkan Islam. Tetapi saya yakin cerita yang tidak benar ini akan menjauhkan orang-orang bukan Melayu daripada UMNO dan pastinya UMNO akan kerugian hasil tindakan bodohnya.Rakyat memerhati dan membuat penilaian.
Jadi apa untung atau bijaknya UMNO dalam strateginya menawan hati rakyat? Sudah banyak wang dihabiskan namun ahli UMNO tidak bertambah. Buktinya BN kehilangan kerusi yang banyak dan memang sudah dijangka. Media UMNO iaitu Utusan turut sama menenggelamkan UMNO. Kenapakah pemimpin UMNO sukar sangat memikirkan fenomena ini? Jawapannya memang UMNO tengah dok korek lubang kubur sendiri. Lepas ini EURO-ka-Putaq pula…UMNO…UMNO….awatlah hang nie, benak, ketegaq nak mampuih.
Oleh
Pida2

NAK TUNGGU MINYAK NAIK BARU NAK TURUN?
Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya menggunakan kesempatan ini untuk menggesa kerajaan agar memberi pertimbangan yang wajar kepada keadaan inflasi dan ekonomi global yang sangat teruk sekarang. Ini semua gara-gara kapatalis yang tamak haloba sebelum ini yang menaikkan harga barangan sesuka hati bukan berdasarkan kepada keperluan dan keadaan sebenar. Sebab itulah Islam amat memandang serius orang yang berjual beli ini dimana di dalam Al Quran membandingkan perniagaan ini seperti riba tetapi Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba.
Kenapa? Apa yang berlaku sekarang ke atas rakyat Malaysia adalah berpunca daripada tamak haloba peniaga. Baik pemborong, peruncit, pembekal dan pemerintah sekali pun terlibat sama. Misalnya harga minyak sekarang ini kenapa ia tidak boleh diturunkan? Kenapa sewaktu minyak berada dipuncak pelbagai janji manis telah dijanjikan kepada rakyat, umpamanya kita akan menentukan harga minyak di pam mengikut harga semasa. Kenapa ini tidak dilaksanakan? Atau apakah rakyat yang salah membaca atau media salah melaporkan? Hari ini minyak mentah dunia jatuh sekitar US82 setong dan harga petrol menjadi sekitar US1.94 segelen atau lebih kurang RM1.65 sen seliter. Jika kerajaan amanah dan telus subsidi 30 sen diberi maka minyak hanya sekitar RM1.30 sen/seliter sahaja. Itu secara kasar mungkin tidak tepat. Jadi apa lagi alasan pemerintah dalam hal ini? Antaranya mengambilkira kesan kerugian yang bakal dialami pengusaha pam minyak dan pembekalnya jika penurunan ini berlaku, inilah agaknya!
Oh Tuhan kenapalah ini dijadikan alasan, mengapa kocek orang kaya ini juga diambil kira? Dimana letaknya hak 26 juta rakyat yang senak menderita? Mengapa hak rakyat tidak dilayani dengan seadil-adilnya? Siapa lagi kalau bukan pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat? Itulah dasar kapitalis yang dimaksudkan dalam baris di atas! Kapitalis senang hati melihat orang lain menderita asal sahaja dia senang dengan kemewahan. Menetapkan harga yang tidak masuk akal biarpun bekalan mencukupi atau memusnahkan sahaja bekalan jika ia melebihi di pasaran. Itulah dasar kapitalis yang sangat dimurkai Tuhan. Kepada peniaga-peniaga dan pemerintah ambillah iktibar daripada apa yang berlaku kepada ekonomi Amerika sekarang. Mereka menjadi penentu kepada harga barangan dunia walaupun mereka tidak memilikinya, akhirnya perbuatan itu memusnahkan mereka sendiri dimana hanya dengan sekelip mata ber”trillion” dolar hilang seperti asap yang naik ke langit. Itulah balasan Allah kepada mereka-mereka yang tamak dan haloba.
Oleh itu saya menggesa kerajaan Malaysia agar ambillah iktibar dan sayangilah rakyat sendiri dan kasihanilah orang miskin yang sangat terhimpit dengan kos sara hidup yang sangat tinggi sekarang akibat kenaikan harga minyak yang tidak terkawal. Ambillah peluang keemasan penurunan harga minyak dunia sekarang untuk dinikmati oleh rakyat sendiri. Pemborong dan pembekal, pengusaha pam minyak banyak-banyaklah bersabar dan bermuhasabah. Beringat-ingatlah dengan keuntungan yang diperolehi semasa harga minyak dinaikkan kepada RM2.70 daripada RM1.92. Tiada keuntungan ke yang kamu perolehi? Kini sampailah pula giliran pihak pengguna menikmatinya!! Sama-sama garulah!!
Pengundi Pida 2
Kedah.

Subscribe to:
Posts (Atom)