Tuesday, November 25, 2008

HARGA MINYAK MINIMUM: PULAK DAH!!!!!PENING-PENING!!!

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut Kerajaan akan mengkaji harga minimum minyak. Isu ini nampaknya menjadi bahan permainan dan usikan kerajaan terhadap rakyat jelata. Dulu sewaktu harga minyak mula menurun dari paras tertinggi kerajaan mencadangkan akan mengikut harga semasa tetapi apabila harga minyak merudum lagi lain pula bunyinya. Kerajaan akan mencadangkan akan menetapkan harga minimum. Lepas ni tak tahu apa pula alasan dan cadangan.

Suatu ketika dulu juga pengusaha pam minyak di pekan sempadan Malaysia diharamkan menjual minyak kepada warga luar tetapi kini tak tahu apa yang berlaku.
Semua ini gara-gara minyak! Di pihak tauke minyak dan pengeluar minyak berdoa siang malam tak mahu rugi sama juga dengan pengguna tak mahu harga minyak naik lagi. Kerajaan pula macam belut mengeliat nak turunkan harga minyak. Rakyat semua tahu kenapa…. Habih apa nak buat kita sebagai rakyat boleh keriau sajalah dan tunggu lima tahun lagi.

Ada kawan saya kata perangai orang Melayu begini, “Benci tengok orang Melayu susah, dan dengki pula bila tengok orang Melayu senang”. Saya nampak ada persamaan dengan pemerintah kita. Hujahnya kenapa sukar sangat nak turunkan harga minyak? Sebab ramai orang akan senang!! Bila harga minyak tinggi meluat pula melayan permintaan suku sakat marhaen (orang susah dan melarat). Memang ada persamaan. Melayu kan!!! Saya pun Melayu juga tetapi tidak suka perangai buruk ini.