Tuesday, October 28, 2008

UMNO MEMANG GALI KUBUR SENDIRI-TAK PERNAH SERIK

UMNO MEMANG GALI KUBUR SENDIRI-TAK PERNAH SERIK.

Dalam sejarah pilihanraya di Malaysia siapa tak kenal dengan UMNO dan BN. Mereka memperkudakan rakyat sepuas-puasnya. Rakyat yang menyokong disogok dengan wang ringgit, janji itu dan ini, diberi projek dan pelbagai lagi sehingga jadi bahan ejekan, “demo bagi beras, bagi gula ambil, bagi kain pakai, bagi dacing buang”. Itulah kata sindiran yang pernah didengar. Memang benar begitulah cara tarbiah selama-lamanya UMNO terhadap rakyat khususnya ahli UMNO. Sedangkan rakyat yang tidak berpihak kepada mereka dinafikan semua habuan tersebut. Itulah UMNO. Kita tak pernah melihat seorang kontraktor hebat dari kalangan orang Melayu bukan UMNO, apatah lagi yang berserban. Kalau ada pun setakat kontraktor mencuci longkang. Itulah jadahnya UMNO. Memperjuangkan melayu kononnya, yang aku ni bukan melayu kah?
Utusan Malaysia pula diberi jolokan dengan nama Utusan Meloya, kerana memang laporannya sangat meloyakan. Ketua Pengarangnya tidak pernah serik dengan laporan-laporan yang memakan diri sendiri. Cerita sebenar tidak dilaporkan secara adil dan jujur tetapi penuh dengan agenda tersirat. Umpamanya kes Terresa Koh yang terbaru. Bagaimana amoi tu boleh bangun lebih awal dari Tok Imam dan pergi mengintai surau UMNO yang ada tiga kerat manusia untuk bersembahyang subuh? Memang sudah lumrah dan biasa surau UMNO memang kurang makmum!! Dalam kes ini Utusan perlu bertanggung jawab melaporkan cerita berkenaan. Cerita ini tidak lebih dari mensensasikan dengan tujuan mendapat perhatian orang Melayu yang sangat sayang pada Islam. UMNO mendapat habuan kononnya ia memperjuangkan Islam. Tetapi saya yakin cerita yang tidak benar ini akan menjauhkan orang-orang bukan Melayu daripada UMNO dan pastinya UMNO akan kerugian hasil tindakan bodohnya.Rakyat memerhati dan membuat penilaian.
Jadi apa untung atau bijaknya UMNO dalam strateginya menawan hati rakyat? Sudah banyak wang dihabiskan namun ahli UMNO tidak bertambah. Buktinya BN kehilangan kerusi yang banyak dan memang sudah dijangka. Media UMNO iaitu Utusan turut sama menenggelamkan UMNO. Kenapakah pemimpin UMNO sukar sangat memikirkan fenomena ini? Jawapannya memang UMNO tengah dok korek lubang kubur sendiri. Lepas ini EURO-ka-Putaq pula…UMNO…UMNO….awatlah hang nie, benak, ketegaq nak mampuih.

Oleh
Pida2

No comments: